rasa pahit, sendiri maniskan.
pernah tak? rasa terkurung
duduk suatu tempat.
Hanya diri sendiri ada.
gelap, kau pandang keliling
kau nampak masa lalu
nampak saat pahit yang kau lalui.
jatuh air mata, lalu kau sapu jangan biar mengalir.
ketika perasaan ini muncul
kau hanya mampu menangis,
kau persoalkan kenapa. Kau tak mahu fikir sekeliling.
apa kau mahu, hanya menangis.
sambil memegang lutut yang tak mampu berdiri ketika itu.
kau tahu. hidup ini untuk kau nikmati
untuk kau syukuri, bukan tangisi.
tetapi hati tetap merintih.
persoalkan 'Kenapa'.
kau pujuk hati sendiri, tak mahu orang nampak kau lemah.
padahal tuhan tahu kau selemah itu.
Mungkin dunia punya semua rasa.
manusia tak semua faham.
hanya manusia hatinya lembut seperti kau, faham.
hanya kau mampu pujuk hati kau sendiri.
ATAU
hidupmu mungkin hanya sendiri. tanpa sesiapa banggakan.
kau bukan kebanggaan sesiapa.
hanya gadis kepunyaan Allah.
mungkin.
- sm
No comments:
Post a Comment