welcome guys



Hello guys thanks for click syazasuke.blogspot.com. I write everything here. Thanks for reading. :)

Total pageviews :)

Sunday, January 18, 2015

Rapuh

Sunyi,
Tanpa kata kata, Tanpa apa apa.
Rasa dunia ini kejam. 
Padahal manusia yang kejam.
Dunia hanya terdiam melihat telatah manusia. 
Manusia menguasai, 
baik buruk ada dalam diri.

Terbitnya matahari, 
Dengan harapan hari ini hari yang baik.
Terbenamnya matahari, 
Dengan harapan segala kemurungan tenggelam.

Munculnya bulan, 
menerangi alam. 
Dengan harapan, terangnya kehidupan. 
Bintang berkerdipan, 
dipandang cantik, tak terkira bilangan.
Dengan harapan, kekalnya perasaan sayang. Yang tak terkira nilainya. 

Mana siang?
akan datang, tapi selepas munculnya malam.
Mana bahagia? akan datang,
selepas munculnya dugaan.

Salah siapa, jangan persoalkan.
Salah sendiri kerana tak kuat pertahankan. 


[Syazamaya]

No comments:

Post a Comment