Salam, hai sahabat blogger, sangat lama aku tinggalkan blog usang ini. Sangat lama! selama aku tinggalkan blog tak pernah aku lupa untuk update. Maafkan saya blog -__-'' ohh aku ada cerita baru dan cerita ini berkaitan dengan perubahan hidup aku. Aku berubah aku sudah sedar ! Alhamdulillah ;')
Hari jumaat bersamaan tiga haribulan dua , dua ribu dua belas, aku mula nekad untuk berhijab. Nak tahu kenapa? ada sebab musabab yang aku baru sedar aku baru nampak jelas nyata dimata aku. Aku takut, sangat takut. Mungkin hidayah yang tuhan berikan dah lama cuma aku yang menangguh-nangguhkannya ;'( aku dah banyak buat dosa dalam dunia yang sementara ni, aku dah banyak buat dosa kecil yang lama-lama boleh jadi besar tanpa aku sedar, aku dah banyak buang masa dan aku dah banyak menyusahkan kaum kaum lelaki yang beriman melihat aku tanpa seulas alas kain walaupun sedikit di kepala. Malah, aku dulu aku lebih suka dan selesa tanpa menutup auratku. Aku sedar dan aku tak akan lakukan kesilapan itu lagi kerana aku tahu ia wajib dan perlu untuk melindungi diri aku. Tuhan itu adil tuhan itu benar.
Sebelum aku mula memakai hijab, aku sering didedahkan dengan hukum hakam tentang aurat di facebook dan dimana mana aku pergi pasti ada yang menyentuh tentng aurat. Setiap kali aku keluar aku dikelilingi perempuan yang menutup auratnya, ada yang berpurdah ada yang berfesyen, cantik, tapi masih ditutup auratnya. Lagi, sahabat baik aku juga mula berubah malah lebih cantik bila dia bertudung walhal dia sama seperti aku tapi dia tekad untuk berubah. Hati aku selalu bercakap sendiri hati aku selalu berbisik "bila aku nak start pakai tudung ni" selalu. Kadang-kadang macam macam cara tuhan nak tunjuk pada aku supaya menutup aurat tapi aku tetap menangguhkannya ;'( aku tak kuat dan aku mudah jatuh dengan pujukan syaitan. Masha'allah. Lindungi aku ya'allah.
Aku tekad untuk berubah aku tekad untuk berhijab menutup aurat dan menutup aibku. Aku tekad dan alhamdulillah semua memberi sokongan pada aku. Ibu, ayah dan dua adik beradik gembira dan sokong sepenuhnya atas perubahan diri aku. Kawan, kekasih positif dan suka dengan perubahan aku. Malah aku rasa lebih tenang dan dilindungi. Aku sangat tenang ya allah, terima kasih atas perubahan ini. Ampuni aku. Ampuni rakan rakan aku. Ampuni orang sekeliling aku. Semoga Engkau turunkan hidayah kepada umatmu yang lain ya allah. Semoga Engkau kekalkan perubahan aku ya allah. Kuatkan aku ;') Amin.
"Siapa lagi yang nak ubah diri kita kalau bukan kita sendiri"
"Siapa lagi yang mampu menjaga diri kita jika kita sendiri tidak mampu menjaganya dengan baik"
" Jangan lupa sayang pada diri sendiri "
Firman Allah dalam Surah Al Ahzab ayat 59: "Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri kamu, anak-anak perempuan dan isteri-isteri orang mukmin (yang benar-benar beriman), hendaklah mereka menghulurkan jilbab-jilbab mereka keseluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih dikenali, kerana mereka tidak diganggu, dan Allah maha pengampun lagi maha Penyayang"
Sabda Rasulullah s.a.w. "Perempuan-perempuan yang memakai pakaian tetapi masih seperti telanjang (dedah aurat) sehingga memalingkan pandangan lelaki ajnabi atas mereka, kepala mereka seperti bonggol unta Khurasan dan tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya pun" (riwayat Muslim). Malahan bagi wanita yang menutup aurat tetapi menggunakan warna-warna yang garang atau menarik perhatian lelaki ajnabi juga dilarang.
Aku takut nerakamu ya allah malah aku tak layak disyurgamu. Ampuni aku ;'(
S.M
Alhamdulillah, harap berkekalan sampai bila-bila insyaallah. :)
ReplyDeletethanks hadi ! aku tatahu plak kau ada blog wehee. thanks a lot :)
ReplyDeleteAkak, atok kite cakap kalau ada niat Allah akan tolong kite. cerita akak, bermula daripada " bila aku nak start pakai tudung" see~ Allah buka pintu hati akak..
ReplyDeleteAkak cantik pakai tudung. Semoga Allah kuatkan kita semua.
Perlahan2 berubah insha allah bolehh.percaya lahh.!! :D
this is why i love you. i got your back sista :)
ReplyDelete