Mata belum sedia untuk tutup, otak belum sedia untuk berehat, maka belum sedia untuk tidur. Pukul dua pagi hari sabtu bersamaan sembilan belas haribulan sebelas tangan ini bersedia untuk menulis. Wahai mata apakah engkau menangis lagi? 'ohh tidak lagi' jawab si mata. Wahai otak dan minda bersediakah untuk mati sebentar?
'ohh belum lagi' jawab otak dan minda. Nampaknya anggota semuanya tidak bersedia untuk mati.
Tangan ini rajin menaip dan menulis setiap patah kata yang keluar dari otak. baiklah apa yang aku rasa aku akan taipkan diblog usang ini. Baru sekejap saja mata ini segar dan enggan mengalirkan air mata kerana cinta yang datang sangat ikhlas dan jujur dari hatinya. Namun cinta yang lama masih perlukan cintanya akan tetapi terhalang. Maka redha lah ia dengan apa yang berlaku. Jujur hati ini bicara cinta yang lama tidak akan dilupakan malah dijadikan satu pengajaran. Namun, jangan lah kau bersedih atas cinta yang lama kerana masih ada ruang yang baharu menanti. Setiap manusia diciptakan berpasang-pasangan dan ingatlah setiap perkara yang ditakdirkannya terdapat satu hikmah yang besar dan lebih baik. yakinlah pada diri dan kuatkan semangat. Ingat, ia dijadikan pengajaran bukanlah dijadikan dendam atau dijadikan sebagai tempat untuk melihat orang lain tidak bahagia. Setiap perbuatan dibalas dengan apa cara setimpal dengan perbuatannya itu.
Yakinlah dan bergembiralah dengan apa yang ada dan jangan lupa bersyukur dan ucapkan Alhamdulillah ketika menyambut senyuman kegembiraan itu. Salah dan silap cinta lama diampuni sejak dari dulu lagi. Ampun maaf dipinta sekali lagi atas luahan ini. Dipanggil luahan hati si gadis yang bersyukur dengan apa yang dia punyai sekarang walaupun hatinya pernah dilukai berkali-kali namun hatinya sangat kuat :)
I am me, i wont change for anyone . Syukur aku masih bernafas dan masih berpeluang menikmati hidup. Alhamdulillah.
SM.
No comments:
Post a Comment