gaya bicara, kelakuan, kata kata manusia,
Pada manusia lain.
Dalam dunia, pada aku ada dua gaya.
Perangai, tabiat atau cara.
Pertama.
Terlalu memandang harta benda.
Sedangkan bahagia tak pernah mampu dibeli
Maruah tak mampu digadai
Keikhlasan tak mampu diganti
dengan wang ringgit yang gayanya fikir
mampu beli apa saja. Walhal hanya
mampu memenuhi keperluan ketika
orang diluar, masih memerlukan. Lebih memerlukan
Gaya orang seperti ini, kurang aku berkenan
kerana, baginya senang adalah segalanya,
susah tak beri makna.
padahal dia salah.
Dari susah kita belajar untuk
menjadi senang.
Dari susah kita tahu keadaan daruratnya orang
tak berkemampuan.
Dari susah kita bina perlahan satu bukit uwang
disimpan untuk masa depan. Mereka-mereka ini walaupun kurang dari segi
fizikal tapi kaya dengan budi, kaya dengan adab.
--Itu gaya kedua.
Dimana tak pernah lekang ucapan syukur
Dimana tak pernah lupa kepada orang yang membantu saat dia susah
Dimana tak pandang sedikit pun harta yang mereka ada
Malah mereka mereka yang baru kenal dunia, mudah terpedaya
mudah terlupa siapa mereka sebelumnya. dengan siapa mereka bergantung dulunya
saat mereka susah. Asal kaya, asal miskin
semua kerja Allah. yang paling utama adab. Gaya bicara, batas tutur kata
Gaya itu aku suka. Walau kaya dengan kata kata, kaya dengan iman.
Itu lebih kaya dari kayanya harta.
Kurniakan aku gaya kedua ini
:')
syazamaya
No comments:
Post a Comment