Gadis ini lembut hatinya.. sayup matanya
bila disuruh segera dia melakukannya..
Tapi bila diarah sedikit sinis senyumannya..
Gadis ini memegang setiap kata janji dari seseorang..
malah disimpannya walau berabad mana..
walau jahat mana seseorang terhadapnya dia tetap senyum
walau kejam mana seseorang terhadapnya..
dia hanya mendoakan..
Gadis ini setia hanya untuk seorang..
hanya mengadu pada seorang
hanya berkelakuan pelik manja pada hanya seorang
Hanya gadis ini tahu apa yang dia mahu
walau hatinya sering terdetik dia taktahu apa dia mahu.
dia tak akan dapat apa dia mahu..
Gadis ini sering ketawa
menyimpan sejuta kesedihan hanya untuk dia rasa
sering membahagiakan seseorang hanya dengan ucapan
dan kelakuannya.. dia bahagia lihat orang lain bahagia..
Unik hanya dia tahu dirinya..
Gadis ini tak pernah puas kerana manusia juga tak pernah puas
dengan apa yang dia ada..hakikatnya,
gadis ini sering ucapkan kata syukur..
Gadis ini kuat.. tapi lemah bila kesunyian..
merenung, menangis, tersenyum..
begitulah seterusnya kehidupan si gadis..
Gadis ini --
Hanya gadis biasa.
gadis ini..
ReplyDeletepunya potensi jadi gadis luar biasa.
fighting ;)
Relax sis.i know your story. You deserved a better man. And please believe on karma
ReplyDelete