Biasalah bila dah tengahari matahari tegak menegak mulalah berangan kemain lagi jauh angannya sampai ke puncak nun sana. Angan yang barangkali kita dapat tapi biasanya kita jarang dapat apa yang kita angankan. Dah nama pun angan angan beranganlah sampai kelangit pun tak sudah-sudah ceritanya.
Macam macam kalau nak diberitahu angan angan ni. Macam pensyen kalau nak diberitahu angan yang tak berapa nak logik kepada manusia lain. At last, biarlah angan angan ini menjadi sekadar penyedap hati sendiri. Nak dikatakan gila tak berapa nak gila masih lagi berpelajaran. Biasalah manusia mana pernah duduk buat kerja sampai kemati selain tak berangan dulu baru siapakan apa kerja duniawi yang tak pernah nak sudah.
Angan pertama bila ditunjukkan dengan fizikal katanya yang lain bila orang lain dapat apa yang kita nak didepan mata. Almaklumlah sekadar angan cemburu bila tengok orang lain dapat apa kita inginkan. Misalnya kereta. Perkara pertama yang kita nak sendiri dengan harta titik peluh sendiri mahu beli kereta walaupun kita tak biasa memandu atau kata kasarnya tak bisa memandu ! angan tu tinggi tapi biarlah dulu pelajaran lagi penting kata ayah. Okay redha. tapi sangatlah beruntung kepada anak kepada keluarga yang tinggi hartanya atau mampu. Aku -- sederhana.
Angan kedua bila dapat teman sehidup semati atau bakal kemain sempurna dimata aku ni. Alkisah setiap orang ada ciri ciri sempurna pada mata dia tapi mana ada yang sempurna dalam dunia. Bila kawan sendiri dapat macam macam dapat kasih sayang, kemain romantik pijak semut pun tak mati. cemburu aku melihatnya. Mungkin nanti. Ah sudah macam biasa. -- pelajaran lagi penting
Angan ketiga bila punyai harta sendiri nak beli itu ini tak kisah macam ibu. Ibu kalau beli barang amboih mengalahkan aku yang shopping tak hingat dunia. jadinya? mengalahkan taiko ! macam macam fikir masa depan apa aku akan jadi tak kerja swasta kerja kerajaan tak kerajaan berniaga. Ok jugak seronok. Apa pun boleh asal halal. Tujuannya satu -- Punyai harta
Biarlah yang ini menjadi angan yang bakal tapi nyata. Banyak lagi tapi tak terluah. Angan paling satu aku mahu untuk banggakan kedua ibu dan babah. Nak dibandingkan dengan titik peluh kasih sayang mereka bagi pada aku tak terbanding. Mahu mereka bangga mahu mereka ketawa mahu mereka senang hati sentiasa tanpa fikir sedikit pun masalah dalam dunia lagi lagi anaknya yang suka bagi masalah. In shaa allah.
sebenarnya dari angan-angan kita boleh berjaya. Angan-angan jadi kehendak kemudian dikotakan dengan berusaha. Akhir sekali tawakal dan terima rezeki yang diberi oleh-NYA. Jadinya, jangan berangan aje ! usaha dan doa.
okay the end -
No comments:
Post a Comment