Tahukah anda.
kadang-kadang kita tak sedar kita lukakan hati kawan kita
kawan rapat, kawan biasa, kawan sekepala.
Kadang-kadang kita ter-lebih bicara seakan menunjuk-nunjuk
kelebihan yang kita ada
Kadang-kadang kita ter-cakap kelemahan kawan kita pada orang lain
Kadang-kadang kita ter-biasa
Kadang-kadang kita tak peduli perasaan kawan kita
Kadang-kadang kita ter-perli kawan kita depan kawan lain
Apa dia rasa, apa dia kata dalam hati.
Kita tak tahu kan ?
Tahukah anda,
Kadangkala tanpa kita sedari kita dah buat kawan kita
menangis dalam diam.
tanpa kita sedari, kita dah buat kawan kita 'down'
tanpa kita sedari kawan kita dalam diam pendam.
Tahu ?
Tak apa kalau tak sedar sebab itu sifat manusia
Tak apa kalau tak perasan sebab itu juga sifat manusia
Tak apa.
Cuma, kita hadkan perkataan kita. Kita cuba letak posisi kita
cuba jadi kawan kita. Kita jaga bahasa kita perlakuan kita.
Kita rasa cuba rasa apa yang kawan kita rasa
Kadang orang lebih suka lihat kita jatuh dari kita berjaya
Mungkin orang ni tak boleh lihat orang lain lebih
Kadang kita suka kawan kita berjaya, tetapi kita
rendah diri untuk lebih berjaya. Hati kata tidak boleh
Tapi sebenarnya kita boleh.
Tak apa. Allah bersama kita. Sentiasa
Jika kurangnya kita pada sesuatu
Lebihnya kita pada sesuatu yang lain
Untuk yang tak boleh terima pandangan orang lain,
kita biarkan. Tak ada yang hebat selain diri kita sendiri yang kita
boleh banggakan.
Untuk yang menunjuk biarkan, dunia ni sementara
Tak kekal apa yang kita ada. Semua yang kita ada semuanya
Ujian dariNya
KITA ? KITA JADI DIRI SENDIRI =)
selagi kita berusaha dan tak give up.
Kita masih lagi dalam perjalanan untuk berjaya.
Teruskan berjalan hadapi rintangan dan dugaan kerana itu semua
hanyalah ujian dan pinjaman dari Allah.
Kita hebat :)
syazamaya
No comments:
Post a Comment