welcome guys



Hello guys thanks for click syazasuke.blogspot.com. I write everything here. Thanks for reading. :)

Total pageviews :)

Sunday, December 30, 2012

Hidup

Betul orang kata bila dah suka suka dah gelak ketawa lepas tu mesti sedih, mesti ada yang tak kena. Allah tu maha adil kan, Pinjamkan kebahagian sekejap agar kita tak leka dibuai gelak tawa yang mematikan hati. Allah kurniakan kesedihan yang dipinjamkan supaya kita sentiasa beringat dan tak lupa pada dunia. Allah beri dugaan kerana hanya Allah sahaja yang tahu apa yang kita mampu hadapi dan segala dugaan yang Allah bagi, terdapat satu hikmah yang kita sendiri tak tahu. ;') 

Sama keadaannya disini. Kadang bahagia gelak gila gila kadang diam, termenung, fikir sebab sebab yang kita sendiri taktahu jawapannya. Kadang berfikir kenapa kita disini menghadapi dugaan, kesedihan dan duka tapi tak pernah terfikir semua itu bila kita sedang suka gembira. Yakin, terdapat sejuta dan mungkin tak terkira hikmah yang kita dapat bila kita mula redha dan syukur dengan ketentuannya. Semuanya sudah pun ditulis. Dengan siapa kita kawan, dengan siapa kita ditakdirkan berjumpa. Semuanya ada sebab musababnya sendiri. Jadi, syukur dan terima apa adanya yang ditulis olehNYA. Siapa kita untuk menilai, siapa kita untuk mengubahnya ? :') 

Disitu, terdetik rasa sebak bila terfikirkan orang yang pernah bersama kita kini hanya tinggal kenangan. Kenangan tu yang bawa kita, jadikan kita kuat, beri pengajaran pada kita dan bersyukur dengan apa yang kita dapat hingga ke hari ini. Disini juga aku belajar untuk menjangka perkara yang kita mungkin tak jangka. Untuk persediaan di masa masa yang akan datang. Agar lebih kuat dan sabar menghadapi dugaan hidup. 

Jadi, syukur alhamdulillah aku masih boleh berfikir, aku masih bernafas, aku masih berjuang untuk diri sendiri sehingga ke hari ini. ALHAMDULILLAH :) 



No comments:

Post a Comment