welcome guys



Hello guys thanks for click syazasuke.blogspot.com. I write everything here. Thanks for reading. :)

Total pageviews :)

Thursday, August 2, 2012

Ini aku, gadis.

Blog usang yang telah aku tinggalkan kini merajuk dan kembali usang. Maafkan aku kerana hanya mencari kau disaat hati aku remuk hancur sedih. Maafkan aku. 

Mengapa mereka tidak tahu menghargai nilai persahabatan atau nilai percintaan? 
mengapa setelah segalanya terjadi kemudian baru nak hargai. kenapa? 
kenapa tidak belajar satu kesilapan yang dulu dijadikan teladan? begitu juga aku.
kerap kali gagal. seringkali lalai. Lupa bahawa sedih itu akan datang walau macamana kau halang 
sekalipun. Ia tetap akan datang menjenguk walaupun sekejap. 

Perasaan ini sudah terkubur setahun lalu. Akan tetapi datang menjenguk aku yang rapuh dan lalai
ini sekali lagi.
perasaan ini juga datang apabila tiada siapa peduli.  Tiada siapa tahu 
perkara yang paling gadis tak gemar adalah ketidakdipedulikan. 
Kenapa tidak peduli sedangkan ada masa walaupun sekejap. Masa untuk aku.
teman kau sendiri. Teman mengadu kau sendiri. kau tinggalkan 
macam tisu setelah kau buang. Ingat ? 

Perkara sama berlaku. kerap kali.
kadangkala aku tk perlukan semua ini. aku hanya perlu satu. 
kasih sayang. mungkin kasih sayang yang satu satunya kekal.
hanya kasih sayang dariNYA. Melihat aku dari atas, menguji, 
sekuat mana hati boleh bertahan, sebanyak mana meminta denganNYA
MengingatiNYA, memujiNYA. Baru aku sedar siapa yang lebih sayang 
padaku. Keluarga, dan Allah s.w.t. Kekal bersamaku tanpa diminta tanpa dipaksa. 
Sentiasa ada.

Tidak mengapa. Aku manusia biasa begitu juga kau. Kita lihat sejauh mana keihklasan kau. 
sejauh mana cinta kau dan sejauh mana keinginan kau untuk bersama dengan orang yang kau 
biarkan. 


No comments:

Post a Comment